Thursday, January 31, 2013

Surah Al-Masad - سورة المسد

Bismillah
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
A001
Binasalah kedua-dua tangan Abu lahab, dan binasalah ia bersama!
(Al-Masad 111:1) | 
A002
Hartanya dan segala yang diusahakannya, tidak dapat menolongnya.
(Al-Masad 111:2)
A003
Ia akan menderita bakaran api neraka yang marak menjulang.
(Al-Masad 111:3) | 
A004
Dan juga isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api. -
(Al-Masad 111:4) | 
A005
Di lehernya sejenis tali, dari tali-tali yang dipintal.

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang.

Surah ini mengandungi 5 ayat ,dan turun di Mekah setelah surah Al-Fath.Diantara isinya:Abu Lahab dan isterinya termasuk yang paling keras menentang dakwah Rasulullah s.a.w. dengan segala cara dan pengaruhnya;keduanya kan terseksa kerana perbuatannya;harta dan kedudukannya tidak akan dapat menolong sedikit pun. 
Selain dari al-Masadd ,surah ini juga disebut Al-Lahab,meskipun Abu Lahab bapa saudara Nabi s.a.w.,iaitu saudara kandung dari ayahnya ,namun oleh kerana sikapnya yang menentang Islam itu ,namanya disebut dengan jelas didalam wahyu ,sehingga sama lah kedudukannya dengan Firaun ,Haman dan Qarun yang dihina Allah s.w.t.

Dan surah ini juga menjadi iktibar bagi kita ,bagaimana hinanya dalam pandangan Islam seorang yang kerjanya membawa kayu api iaitu menghasut dan memfitnah kesana kemari dan membusuk-busukan orang lain.
Dan dapat kita pelajari bahawa orang yang hidup dengan sakit hati dengan rasa kebencian kerap kalilah bernasib seperti Abu-Lahab.

Wednesday, January 30, 2013

AL-GHAASYIYAH (PERISTIWA YANG MENYELUBUNGI)

Surah Al-Ghaasyiyah - سورة الغاشية

Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal hari kiamat yang huru-haranya meliputi?
(Al-Ghaasyiyah 88:1) |
A002
Muka (orang-orang yang kafir) pada hari itu tunduk kerana merasa hina,
(Al-Ghaasyiyah 88:2) |
A003
Mereka menjalankan kerja yang berat lagi berpenat lelah,
(Al-Ghaasyiyah 88:3) |
A004
Mereka tetap menderita bakaran neraka yang amat panas (membakar), -
(Al-Ghaasyiyah 88:4) | 
A005
Mereka diberi minum dari matair yang menggelegak panasnya.
(Al-Ghaasyiyah 88:5) |
A006
Tiada makanan bagi mereka (di situ) selain dari pokok-pokok yang berduri,
(Al-Ghaasyiyah 88:6) | 
A007
Yang tidak menggemokkan, dan tidak pula dapat menghilangkan sedikit kelaparan pun.
(Al-Ghaasyiyah 88:7) |
A008
(Sebaliknya) muka (orang-orang yang beriman) pada hari itu berseri-seri,
(Al-Ghaasyiyah 88:8) | 
A009
Berpuas hati dengan balasan amal usahanya (yang baik yang telah dikerjakannya di dunia), -
(Al-Ghaasyiyah 88:9) |
A010
(Mereka tinggal menetap) di dalam Syurga tinggi (tempat kedudukannya darjatnya),
(Al-Ghaasyiyah 88:10) | 
A011
Mereka tidak mendengar di situ sebarang perkataan yang sia-sia,
(Al-Ghaasyiyah 88:11) | 
A012
Di dalam Syurga itu ada matair yang mengalir,
(Al-Ghaasyiyah 88:12) |
A013
Di situ juga ada pelamin-pelamin (berhias) yang tinggi (tempatnya),
(Al-Ghaasyiyah 88:13) |
A014
Dan piala-piala minuman yang disediakan (untuk mereka),
(Al-Ghaasyiyah 88:14
A015
Dan bantal-bantal yang teratur (untuk mereka berbaring atau bersandar),
(Al-Ghaasyiyah 88:15) |
A016
Serta hamparan-hamparan yang terbentang.
(Al-Ghaasyiyah 88:16
A017
(Mengapa mereka yang kafir masih mengingkari akhirat) tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan?
(Al-Ghaasyiyah 88:17) | 
A018
Dan keadaan langit bagaimana ia ditinggikan binaannya.?
(Al-Ghaasyiyah 88:18
A019
Dan keadaan gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan?
(Al-Ghaasyiyah 88:19) | |
A020
Dan keadaan bumi bagaimana ia dihamparkan?
(Al-Ghaasyiyah 88:20) | 
A021
Oleh itu berikanlah sahaja peringatan (wahai Muhammad, kepada manusia, dan janganlah berdukacita kiranya ada yang menolaknya), kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan;
(Al-Ghaasyiyah 88:21) |
A022
Bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka (menerima ajaran Islam yang engkau sampaikan itu).
(Al-Ghaasyiyah 88:22)
A023
Akan tetapi sesiapa yang berpaling (dari kebenaran) serta ia kufur ingkar, -
(Al-Ghaasyiyah 88:23) |
A024
Maka Allah akan menyeksanya dengan azab seksa yang sebesar-besarnya.
(Al-Ghaasyiyah 88:24) |k
A025
Sesungguhnya kepada Kamilah kembalinya mereka,
(Al-Ghaasyiyah 88:25) |
A026
Selain dari itu, sesungguhnya tanggungan Kamilah soal menghitung amal mereka.
(Al-Ghaasyiyah 88:26) | 

Surah al-ghasyiyah diturunkan dimakkah setelah surah Adz-Dzaariyaat yang menerangkan darihal haru birunya kejadian qiyamat.A.Hassan dengan Tafsir al Furqan mengartikannya dengan Maksud "Dahsyat".Dan sebahagian ulama ada yang mentafsirkannya sebagai yang "Menyelubungi;berdasarkan semua orang pada hari itu diselubungi rasa takut dan kengerian menunggu keputusan nasibnya.
Hidup yang singkat memerlukan usaha yang jitu dan benar untuk menyediakan bekal amal kerana Allah juga menyebut tentang wajah-wajah dihari itu yang mendapat nikmatnya.
Didalam surah banyak sekali pengajaranya buat kita manusia jadikan panduan.

"Semoga bermanfaat"