Thursday, January 31, 2013

Surah Al-Masad - سورة المسد

Bismillah
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
A001
Binasalah kedua-dua tangan Abu lahab, dan binasalah ia bersama!
(Al-Masad 111:1) | 
A002
Hartanya dan segala yang diusahakannya, tidak dapat menolongnya.
(Al-Masad 111:2)
A003
Ia akan menderita bakaran api neraka yang marak menjulang.
(Al-Masad 111:3) | 
A004
Dan juga isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api. -
(Al-Masad 111:4) | 
A005
Di lehernya sejenis tali, dari tali-tali yang dipintal.

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang.

Surah ini mengandungi 5 ayat ,dan turun di Mekah setelah surah Al-Fath.Diantara isinya:Abu Lahab dan isterinya termasuk yang paling keras menentang dakwah Rasulullah s.a.w. dengan segala cara dan pengaruhnya;keduanya kan terseksa kerana perbuatannya;harta dan kedudukannya tidak akan dapat menolong sedikit pun. 
Selain dari al-Masadd ,surah ini juga disebut Al-Lahab,meskipun Abu Lahab bapa saudara Nabi s.a.w.,iaitu saudara kandung dari ayahnya ,namun oleh kerana sikapnya yang menentang Islam itu ,namanya disebut dengan jelas didalam wahyu ,sehingga sama lah kedudukannya dengan Firaun ,Haman dan Qarun yang dihina Allah s.w.t.

Dan surah ini juga menjadi iktibar bagi kita ,bagaimana hinanya dalam pandangan Islam seorang yang kerjanya membawa kayu api iaitu menghasut dan memfitnah kesana kemari dan membusuk-busukan orang lain.
Dan dapat kita pelajari bahawa orang yang hidup dengan sakit hati dengan rasa kebencian kerap kalilah bernasib seperti Abu-Lahab.

Wednesday, January 30, 2013

AL-GHAASYIYAH (PERISTIWA YANG MENYELUBUNGI)

Surah Al-Ghaasyiyah - سورة الغاشية

Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal hari kiamat yang huru-haranya meliputi?
(Al-Ghaasyiyah 88:1) |
A002
Muka (orang-orang yang kafir) pada hari itu tunduk kerana merasa hina,
(Al-Ghaasyiyah 88:2) |
A003
Mereka menjalankan kerja yang berat lagi berpenat lelah,
(Al-Ghaasyiyah 88:3) |
A004
Mereka tetap menderita bakaran neraka yang amat panas (membakar), -
(Al-Ghaasyiyah 88:4) | 
A005
Mereka diberi minum dari matair yang menggelegak panasnya.
(Al-Ghaasyiyah 88:5) |
A006
Tiada makanan bagi mereka (di situ) selain dari pokok-pokok yang berduri,
(Al-Ghaasyiyah 88:6) | 
A007
Yang tidak menggemokkan, dan tidak pula dapat menghilangkan sedikit kelaparan pun.
(Al-Ghaasyiyah 88:7) |
A008
(Sebaliknya) muka (orang-orang yang beriman) pada hari itu berseri-seri,
(Al-Ghaasyiyah 88:8) | 
A009
Berpuas hati dengan balasan amal usahanya (yang baik yang telah dikerjakannya di dunia), -
(Al-Ghaasyiyah 88:9) |
A010
(Mereka tinggal menetap) di dalam Syurga tinggi (tempat kedudukannya darjatnya),
(Al-Ghaasyiyah 88:10) | 
A011
Mereka tidak mendengar di situ sebarang perkataan yang sia-sia,
(Al-Ghaasyiyah 88:11) | 
A012
Di dalam Syurga itu ada matair yang mengalir,
(Al-Ghaasyiyah 88:12) |
A013
Di situ juga ada pelamin-pelamin (berhias) yang tinggi (tempatnya),
(Al-Ghaasyiyah 88:13) |
A014
Dan piala-piala minuman yang disediakan (untuk mereka),
(Al-Ghaasyiyah 88:14
A015
Dan bantal-bantal yang teratur (untuk mereka berbaring atau bersandar),
(Al-Ghaasyiyah 88:15) |
A016
Serta hamparan-hamparan yang terbentang.
(Al-Ghaasyiyah 88:16
A017
(Mengapa mereka yang kafir masih mengingkari akhirat) tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan?
(Al-Ghaasyiyah 88:17) | 
A018
Dan keadaan langit bagaimana ia ditinggikan binaannya.?
(Al-Ghaasyiyah 88:18
A019
Dan keadaan gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan?
(Al-Ghaasyiyah 88:19) | |
A020
Dan keadaan bumi bagaimana ia dihamparkan?
(Al-Ghaasyiyah 88:20) | 
A021
Oleh itu berikanlah sahaja peringatan (wahai Muhammad, kepada manusia, dan janganlah berdukacita kiranya ada yang menolaknya), kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan;
(Al-Ghaasyiyah 88:21) |
A022
Bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka (menerima ajaran Islam yang engkau sampaikan itu).
(Al-Ghaasyiyah 88:22)
A023
Akan tetapi sesiapa yang berpaling (dari kebenaran) serta ia kufur ingkar, -
(Al-Ghaasyiyah 88:23) |
A024
Maka Allah akan menyeksanya dengan azab seksa yang sebesar-besarnya.
(Al-Ghaasyiyah 88:24) |k
A025
Sesungguhnya kepada Kamilah kembalinya mereka,
(Al-Ghaasyiyah 88:25) |
A026
Selain dari itu, sesungguhnya tanggungan Kamilah soal menghitung amal mereka.
(Al-Ghaasyiyah 88:26) | 

Surah al-ghasyiyah diturunkan dimakkah setelah surah Adz-Dzaariyaat yang menerangkan darihal haru birunya kejadian qiyamat.A.Hassan dengan Tafsir al Furqan mengartikannya dengan Maksud "Dahsyat".Dan sebahagian ulama ada yang mentafsirkannya sebagai yang "Menyelubungi;berdasarkan semua orang pada hari itu diselubungi rasa takut dan kengerian menunggu keputusan nasibnya.
Hidup yang singkat memerlukan usaha yang jitu dan benar untuk menyediakan bekal amal kerana Allah juga menyebut tentang wajah-wajah dihari itu yang mendapat nikmatnya.
Didalam surah banyak sekali pengajaranya buat kita manusia jadikan panduan.

"Semoga bermanfaat"

Monday, December 17, 2012

Makna sebutan arab dalam al-quran.(1)

BISMILLAAHIR-RAHMAANIR-RAHIIM

1.amma-bermaksud-tentang apakah

2.yataasaaaluun- bermaksud -mereka saling bertanya?

3.anin-naba-il 'azhim -bermaksud-tentang berita yang besar

4 .kalla-bermaksud -bahkan

5.alam-bermaksud-bukan kah

6.yau ma bermaksud -pada hari

7.wailuun-kecelakaan yang besar

8.fii-pada

9.walaa-dan tidak

10.innahum-sesungguhnya mereka

11.Innaa-sesungguhnya

12.Illa- kecuali

13.izaa-ketika

14. huwaa--ia

15.maa--apa yang

16.wahuwa--sedang kan dia

17.khozaa-ini

18.iin-jika

19. waman- dan siapakah

20.wakhaluu-dan mereka berkata

21.tutlaa-dan dibacakan

22.aamaanu-mereka beriman

23.kuntum-kamu pernah

24.tazkaruun-kamu mengambil pelajaran.

"Sehari sepatah insyaallah bermanfaat''

Tuesday, December 4, 2012

Surah Al-'Asr - سورة العصر

Demi Masa!
(Al-'Asr 103:1) | 
A002
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
(Al-'Asr 103:2) | 
A003
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
(Al-'Asr 103:3) | 

Surah ini termasuk Makkiyah,berjumlah 3 ayat,dan diturunkan setelah surah Asy-Syarh.Diantara isinya :Allah Ta'ala bersumpah dengan waktu.
Kerana pentingnya waktu bagi kehidupan manusia,tanpa memperhatikan waktu dan manfaatkan nya manusia akan sentiasa kerugian.Caranya mencegahkannya ialah dengan mengisi kehidupan dengan iman dan amal soleh dan saling ingat mengingati agar selalu berpegang teguh kepada kebenaran dan bersikap tabah.
Didalam kitab al-quran diterangkan bahawa kesabaran hanya dapat dicapai oleh yang kuat jiwanya.Maka daripada pengecualian yang empat ini:Pertama;Iman,Kedua ;Amal Salih,Ketiga:ingat mengingati tentang kebenaran,Keempat:ingat mengingati tentang kesabaran.
Tanpa keempat ini maka rugi lah seluruh kehidupan.

Walaupun surah ini pendek sekali tetapi kandungannya mengumpulkan kebajikan dengan segala rantingnya.

Ar-Razi menulis pula didalam tafsirnya:Dalam surah ini terkandung peringatan yang keras.Kerana sekalian manusia dianggap rugilah adanya,kecuali barang siapa yang berpegang teguh dengan keempat ini.Dan kesimpulannya dari surah ini bukannya untuk diri sendiri tetapi disampaikan kepada yang lain.

Menurut keteranganu Katsir pula didalam tafsirnya;Suatu keterangan daripada Ath-Thabrani yang ia terima dari Hamaad bin Salmah,dari Tsabit bin 'Ubaidillah bin Hassan; "Kalau dua orang sahabat -sahabat RRasulullah s.a.w. bertemu,sebelum mereka berpisah melainkan salah seorang diantara mereka membaca surah Al-Ash ini terlebih dahulu,barulah mereka mengucap salam tanda berpisah"

Imam Syafi'i berkata;"Kalau manusia seluruhnya sudi merenungkan surah ini,cukuplah itu baginya".

SURAH AL-AADIYAAT (YANG BERLARI LAJU)

Surah Al-'Aadiyaat - سورة العاديات

Demi Kuda Perang yang tangkas berlari dengan kedengaran kencang nafasnya,
(Al-'Aadiyaat 100:1) | 
A002
Serta mencetuskan api dari telapak kakinya,
(Al-'Aadiyaat 100:2) |
A003
Dan meluru menyerbu musuh pada waktu subuh,
(Al-'Aadiyaat 100:3) | 
A004
Sehingga menghamburkan debu pada waktu itu,
(Al-'Aadiyaat 100:4) | 
A005
Lalu menggempur ketika itu di tengah-tengah kumpulan musuh;
(Al-'Aadiyaat 100:5) | 
A006
Sesungguhnya manusia sangat tidak bersyukur akan nikmat Tuhannya.
(Al-'Aadiyaat 100:6) | 
A007
Dan sesungguhnya ia (dengan bawaannya) menerangkan dengan jelas keadaan yang demikian;
(Al-'Aadiyaat 100:7) |
A008
Dan sesungguhnya ia melampau sangat sayangkan harta (secara tamak haloba).
(Al-'Aadiyaat 100:8) | 
A009
(Patutkah ia bersikap demikian?) Tidakkah ia mengetahui (bagaimana keadaan) ketika dibongkarkan segala yang ada dalam kubur?
(Al-'Aadiyaat 100:9) | 
A010
Dan dikumpul serta didedahkan segala yang terpendam dalam dada?
(Al-'Aadiyaat 100:10) |
A011
Sesungguhnya Tuhan mereka Maha Mengetahui dengan mendalam tentang (balasan yang diberikanNya kepada) mereka - pada hari itu.
(Al-'Aadiyaat 100:11) | 

AZ-ZALZALAH(KEGONCANGAN)

Surah Az-Zalzalah - سورة الزلزلة

Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya,
(Az-Zalzalah 99:1) |
A002
Serta bumi itu mengeluarkan  segala isinya,
(Az-Zalzalah 99:2) | |

Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun); "Apa yang sudah terjadi kepada bumi?"
(Az-Zalzalah 99:3
A004
Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya:
(Az-Zalzalah 99:4) |
A005
Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian).
(Az-Zalzalah 99:5) | 
A006
Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) - untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka.
(Az-Zalzalah 99:6) | 
A007
Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
(Az-Zalzalah 99:7) |
A008
Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
(Az-Zalzalah 99:8) |

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang:
Surah ini diturunkan diMekah setelah surah An-Nisaa',mengandungi 8 ayat dan isinya
tentang hari kiamat dan hari-hari sebelumnya,gempa bumi yang dahsyat mengeluarkan
segala yang dikandungnya,manusia kebingungan memikir nasib dan segalanya akan 
diperlihatkan,secara jelas .
`````
Dapatkah kita membayangkan betapa kuat dan hebatnya goncangan bumi ketika itu,walau pun
diketika itu mungkin kita tidak lagi hidup didunia tetapi,pada ayat kedua yang menyatakan
serta bumi mengeluarkan segala isi-isinya,terbukti dan nyata kita yang telah berkubur pun
ttermasuk didalam isi bumi tersebut,dan tiada siapa pun yang mampu melepaskan diri.
Orang yang mengaku beriman kepada Allah dan Rasul,meskipun begitu setiap kesalahan dan 
kebaikan akan dipertimbangkan.Allah maha adil,selagi kita tidak mempersekutukannya selagi
itu kita diampunkan.
Dan surah ini menjadi pedoman dan pertunjuk buat kita agar beramal dengan ikhlas untuk
agama dan bangsa.
Tersebut didalam hadist yang dirawikan oleh Termizi dari Ibnu-Abbas bahawa Rasulullah s.a.w pernah mengatakan bahawa surah ini adalah setimbang dengan separuh Al-Quran,Surah Al-Ikhlas sepertiga Al-Quran dan surah Al-Kafirun setimbang dengan seperempat Al_quran.
Walau apa pun kita membaca Al_Quran semuanya kerana Allah yang esa.

"Semoga bermanfaat buat semuanya"