Surah Az-Zalzalah - سورة الزلزلة
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun); "Apa yang sudah terjadi kepada bumi?"
(Az-Zalzalah 99:3)
Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) - untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka.
(Az-Zalzalah 99:6) |
Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
(Az-Zalzalah 99:7) |
Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
(Az-Zalzalah 99:8) |Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang:
Surah ini diturunkan diMekah setelah surah An-Nisaa',mengandungi 8 ayat dan isinya
tentang hari kiamat dan hari-hari sebelumnya,gempa bumi yang dahsyat mengeluarkan
segala yang dikandungnya,manusia kebingungan memikir nasib dan segalanya akan
diperlihatkan,secara jelas .
`````
Dapatkah kita membayangkan betapa kuat dan hebatnya goncangan bumi ketika itu,walau pun
diketika itu mungkin kita tidak lagi hidup didunia tetapi,pada ayat kedua yang menyatakan
serta bumi mengeluarkan segala isi-isinya,terbukti dan nyata kita yang telah berkubur pun
ttermasuk didalam isi bumi tersebut,dan tiada siapa pun yang mampu melepaskan diri.
Orang yang mengaku beriman kepada Allah dan Rasul,meskipun begitu setiap kesalahan dan
kebaikan akan dipertimbangkan.Allah maha adil,selagi kita tidak mempersekutukannya selagi
itu kita diampunkan.
Dan surah ini menjadi pedoman dan pertunjuk buat kita agar beramal dengan ikhlas untuk
agama dan bangsa.
Tersebut didalam hadist yang dirawikan oleh Termizi dari Ibnu-Abbas bahawa Rasulullah s.a.w pernah mengatakan bahawa surah ini adalah setimbang dengan separuh Al-Quran,Surah Al-Ikhlas sepertiga Al-Quran dan surah Al-Kafirun setimbang dengan seperempat Al_quran.
Walau apa pun kita membaca Al_Quran semuanya kerana Allah yang esa.
"Semoga bermanfaat buat semuanya"
No comments:
Post a Comment