Surah Al-Masad - سورة المسد
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Di lehernya sejenis tali, dari tali-tali yang dipintal.
Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang.
Surah ini mengandungi 5 ayat ,dan turun di Mekah setelah surah Al-Fath.Diantara isinya:Abu Lahab dan isterinya termasuk yang paling keras menentang dakwah Rasulullah s.a.w. dengan segala cara dan pengaruhnya;keduanya kan terseksa kerana perbuatannya;harta dan kedudukannya tidak akan dapat menolong sedikit pun.
Selain dari al-Masadd ,surah ini juga disebut Al-Lahab,meskipun Abu Lahab bapa saudara Nabi s.a.w.,iaitu saudara kandung dari ayahnya ,namun oleh kerana sikapnya yang menentang Islam itu ,namanya disebut dengan jelas didalam wahyu ,sehingga sama lah kedudukannya dengan Firaun ,Haman dan Qarun yang dihina Allah s.w.t.
Dan surah ini juga menjadi iktibar bagi kita ,bagaimana hinanya dalam pandangan Islam seorang yang kerjanya membawa kayu api iaitu menghasut dan memfitnah kesana kemari dan membusuk-busukan orang lain.
Dan dapat kita pelajari bahawa orang yang hidup dengan sakit hati dengan rasa kebencian kerap kalilah bernasib seperti Abu-Lahab.